Tak mungkin kahwin sembunyi - Eizlan Yusof

Tak mungkin kahwin sembunyi

newsscene911.blogspot.com
| Gara-gara beberapa foto yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram untuk bergurau, Datuk Eizlan Yusof dan personaliti lain termasuk bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim dibanjiri ucapan tahniah apabila dikatakan kembali mendirikan rumah tangga secara tertutup.

Eizlan yang dihubungi BH Online berkata, selepas dua tahun berpisah dengan Vie Shantie Harun, pastinya berita gembira itu dinanti ramai dan dia tidak akan sesekali merahsiakannya daripada pengetahuan peminat.

"Tidak mungkin saya akan menyembunyikan hari bahagia dengan pihak media. Semua itu hanya usikan daripada beberapa teman dalam kumpulan sembang kami dan tidak sangka pula ada yang mengambil serius hingga ia jadi kecoh.

"Sebenarnya, gambar itu diambil ketika kami menghadiri majlis perkahwinan anak kawan, Datuk Seri Zahini Yussof yang berlangsung pagi tadi. Disebabkan status kami yang masih solo, jadi beberapa teman menjadikannya sebagai bahan gurauan," katanya.

Eizlan berkata, kumpulan sembang itu turut disertai Datuk Shah Rezza, Datuk Ziela Jalil dan Azrinaz selain beberapa kerabat diraja.

Eizlan Yusof


"Ada saja gurauan mereka yang mahu melihat siapa antara kami berempat yang akan bertemu jodoh dulu. Sejak dulu, kami sering menjadi bahan gurauan mereka tetapi, kami tidak pernah ambil hati," katanya.

Bapa tunggal kepada tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 9, Zareef Yusof, 7, dan Vie Zaalia, 4, itu berkata, dia masih belum menemui pengganti selepas bercerai pada 16 Februari 2015.

"Saya belum mempunyai teman istimewa, apatah lagi ketika ini saya sibuk melunaskan baki penggambaran drama Dendam Aurora yang dijangka berakhir bulan depan," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "Tak mungkin kahwin sembunyi - Eizlan Yusof"

  1. How To Make Money From Using Bets - WorkTomakemoney
    Learn how to make money from betting. 샌즈카지노 Read our popular tips and find the หารายได้เสริม best way 바카라 사이트 to make money from betting. How to make money from Bets.

    BalasHapus